Cara Bancuhan Susu Yang Betul

banner_produk-era-edar_susu-bio-lac_1

Panduan langkah demi langkah cara membancuh susu si comel anda:

1Cara Bancuhan Susu Yang Betul-01Bersihkan kawasan untuk membancuh susu bayi anda. Dan pastikan tempatnya kering.
2Cara Bancuhan Susu Yang Betul-02Cuci sehingga bersih tangan anda dan lapkan tangan anda sehingga kering.
3Cara Bancuhan Susu Yang Betul-03Pastikan air yang dimasak mendidih dengan sempurna sehingga air menggelegak.
4Cara Bancuhan Susu Yang Betul-04Baca arahan pada label susu formula untuk mengetahui sukatan air panas dan susu yang diperlukan. Penyediaan susu bayi adalah berbeza mengikut jenama susu.
5Cara Bancuhan Susu Yang Betul-05Sebelum menuang air panas ke dalam botol susu, pastikan botol susu bayi betul-betul kering. Tuang air panas sekitar 70 Darjah Celsius ke dalam botol susu mengikut sukatan yang ditetapkan.
6Cara Bancuhan Susu Yang Betul-06Masukkan susu ke dalam botol yang berisi air panas mengikut sukatan yang telah ditetapkan.
7Cara Bancuhan Susu Yang Betul-07Goncangkan botol susu agar susu bercampur dan sebati dengan air panas.
8Cara Bancuhan Susu Yang Betul-08Periksa suhu susu bayi anda dengan menitiskan sedikit susu ke atas pergelangan tangan anda. Pastikan ianya suam.
9Cara Bancuhan Susu Yang Betul-09Akhir sekall, bersihkan botol susu jika terdapat air atau sisa serbuk susu yang melekat sebelum diberikan kepada bayi anda.

CARI SUSU ANAK?

Klik di sini sekarang!

Panduan Mencuci Dan Penjagaan Botol Susu Bayi

cara-mensterilkan-botol-susu-bayi-03

  1. Jangan biarkan botol susu yang telah digunakan. Cuci dengan segera botol susu.
  2. Sediakan berus botol susu yang sesuai untuk mencuci. Pastikan ada SATU berus BESAR dan SATU berus yang KECIL.
  3. Pastikarranda menanggalkan kesemua bahagian botol susu bayi, termasuk puting botol susu. Cuci celah antara puting susu dengan penutup botol susu agar tiada sisa susu tertinggal.
  4. Pastikan tempat membasuh (sinki) anda bersih dari kotoran untuk mengelakkan pencemaran bakteria pada botol susu bayi.
  5. Pastikan juga anda menggunakan bahan pencuci yang selamat tanpa bahan kimia ketika mencuci botol susu.
  6. Keringkan botol susu yang ditempatkan di dalam satu bekas atau menggunakan ‘tray’ pengering botol susu khas.
  7. Sekurang-kurangnva (1) seminggu sekali, sterilkan botol susu bayi ke dalam air panas. Dan jika botol susu baru dlbeli PERLU dicuci dan
    DISTERILKAN SEBELUM digunakan.

Elak sembelit pada kanak-kanak

Elak sembelit pada kanak-kanak

Masalah sembelit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak sering dipandang ringan oleh sesetengah ibu bapa. Mereka beranggapan keadaan itu biasa berlaku ketika proses tumbesaran anak-anak, terutama pada bayi berusia enam bulan ke atas kerana makanan pejal mula diperkenalkan.

Namun, masalah sembelit yang pada asasnya tidak memberi kesan besar pada tumbesaran kanak-kanak, ada kalanya boleh membawa kepada keadaan yang lebih kronik.

Lazimnya, kanak-kanak yang masih menyusu badan jarang mengalami masalah sembelit. Mereka akan membuang air besar beberapa kali dalam sehari dengan konsistensi najisnya lembut atau cair, walaupun ada kalanya bayi tersebut dilihat meneran dan mengeluarkan dengusan.

Bagi kanak-kanak yang diberikan susu formula pula, mereka akan membuang air besar sekali sehari atau sekali dalam tiga hingga empat hari.Kedua-dua keadaan itu adalah normal dan bukanlah tanda-tanda sembelit jika najis mereka tidak keras atau berketul-ketul.

Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan otot dan akan melambatkan pengeluaran najis. Semakin lama najis itu tidak dikeluarkan, najis itu menjadi keras dan kering sehingga akhirnya kanak-kanak akan berasa sakit untuk membuang air besar.

Lazimnya, bayi boleh sembelit pada usia enam bulan iaitu pada tempoh pengenalan makanan pejal kepada mereka. Jika salah pemilihan makanan, mereka mudah mengalami sembelit.

Pun begitu, menurut Pakar Perunding Pediatrik Hospital KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, kanak-kanak yang sembelit perlu dipastikan keadaan itu berlaku bukan disebabkan sembelit ketika lahir yang berpunca daripada kekurangan ganglion (sel) pada usus yang berpunca daripada beberapa penyakit, antaranya hirschsprung.

“Biasanya selepas kelahiran, bayi tersebut akan dipastikan dapat membuang air kecil dan besar dalam tempoh 24 jam, jika tidak mereka tidak dibenarkan pulang kerana bayi mungkin menghidap penyakit lain yang berbahaya kepada mereka,” katanya.

Masalah sembelit mudah berlaku kepada kanak-kanak disebabkan kekurangan serat dan kandungan air di dalam badan.

Keadaan itu boleh terjadi ketika proses pengenalan makanan pejal kepada mereka yang mana air kurang diberikan sebagai tambahan kepada susu.

piramid-makanan

Jelas Dr. Nor Mahani, ibu bapa perlu tahu bahawa proses awal pengenalan makanan pejal kepada bayi amat penting kerana pada waktu itu bayi perlu didedahkan dengan pelbagai kategori makanan mengikut piramid makanan.

“Ini kerana, pemberian jumlah makanan mengikut saranan piramid makanan membantu kanak-kanak mendapatkan khasiat yang cukup.
“Apabila air tidak cukup, makanan yang diambil adalah pejal dan menyebabkan apabila sampai ke usus, air menjadi kurang. Badan bertindak menyimpan air, jadi akan menarik air pada bahagian bahan buangan, sebab itu najis akan menjadi semakin keras.

“Masalahnya, apabila najis keras bayi akan berasa sakit untuk membuang najis.Apabila itu berlaku, bayi akan tahan untuk tidak membuang najis sehingga beberapa hari kerana mereka tahu jika berbuat demikian akan berasa sakit dan ini mengundang masalah lain,” ujar beliau.
Antara komplikasi sembelit adalah menyebabkan bayi atau kanak-kanak kurang selera makan, sakit kepala serta boleh menyebabkan jangkitan pada pundi kencing.

Ini boleh berlaku kerana apabila kanak-kanak mula berasa sakit untuk membuang air besar, mereka enggan makan kerana apabila makan mereka akan membuang air besar sekali gus akan berasa sakit.

“Selain menyebabkan kanak-kanak fobia untuk membuang air besar, mereka juga akan hilang selera makan kerana perut dirasakan seperti sudah penuh.

“Masalah sembelit yang berlaku terlalu lama juga menyebabkan najis akan bertakung dalam badan dan apa yang berlaku kencing akan menjadi tidak lawas dan memudahkan jangkitan kuman kepada pundi kencing pula.

“Lazimnya, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas pula akan mengadu sakit kepala jika mengalami masalah sembelit. Justeru, ibu bapa perlu peka jika kanak-kanak mengadu tentang masalah mereka,” katanya.

Pemberian karbohidrat seperti nasi dan roti merupakan antara makanan yang mudah menyebabkan sembelit.

Namun, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana penyediaan makanan secara sihat dapat mengelakkan sembelit misalnya, melengkapkan sajian karbohidrat dengan hidangan buah-buahan, sayur-sayuran serta air yang banyak.

Dalam pemberian makanan pejal kepada bayi berusia enam bulan, ibu bapa perlu membuat pengubahsuaian terhadap makanan agar sesuai dengan mereka.

Perkara itu dapat dipastikan dengan melihat keadaan najis bayi mereka dalam tempoh beberapa hari selepas makanan diperkenalkan.

“Lihat najis mereka, jika bayi tidak membuang air besar dua hingga empat hari, cuba lebihkan air atau buah dalam sajian mereka dan biasanya perubahan dapat dilihat selepas beberapa hari kemudian.

“Bagi kanak-kanak pula, apabila mereka sudah mula berjalan dan berlari, berilah air dengan lebih banyak kerana jumlah keperluan air pada usia adalah berbeza mengikut keadaan mereka,” ujar beliau.

Sembelit tidak ada rawatan yang khusus, namun kanak-kanak yang sembelit dinasihatkan mengambil jumlah air dan serat yang tinggi seperti mengambil buah jambu, epal dan betik serta sayuran hijau.

Bagi rawatan segera, kanak-kanak sembelit akan diberikan ubat untuk memudahkan mereka membuang najis selain ubat tahan sakit bagi mengelakkan mereka berasa sakit di bahagian tempat keluar najis.

Rawatan tradisional pula, lazimnya ibu bapa boleh menyuruh anak-anak bermain dalam air suam supaya bahagian punggung mereka kurang rasa sakit di samping boleh melakukan urutan di bahagian kaki dan perut untuk membuang angin dan membantu untuk melancarkan proses membuang air.

“Kita juga menggalakkan pemberian kapsul probiotik untuk membantu penghadaman di bahagian usus kanak-kanak selain kelancaran untuk membuang air besar.’

“Pemberian buah-buahan serta sayuran hijau juga bagus untuk pemakanan kanak-kanak. Ibu bapa perlu kreatif untuk membolehkan kanak-kanak makan sayur dan buah secukupnya dalam hidangan harian,” katanya. – Gambar ROY AZIS

SUMBER: utusan.com.my

Banyak manakah susu formula yang diperlukan oleh bayi saya?

Tips Membancuh Susu yang Betul

Semasa memberi susu formula kepada bayi, salah satu perkara yang amat mengelirukan ialah bagaimana hendak menentukan jumlah susu yang diperlukan olehnya. Tiada jawapan yang pasti untuk soalan ini – ia berdasarkan kepada usia bayi anda, berat badannya dan sama ada anda menyusukan dia dengan susu formula sahaja atau mencampurinya dengan susu badan atau makanan pejal.

Di sini diberikan beberapa panduan untuk membantu anda menentukan jumlah susu formula yang diperlukan oleh bayi anda:
Darabkan berat bayi anda dengan 2.5-2.7 auns formula

  • Jika bayi anda tidak mengambil sebarang makanan pejal (umur yang disarankan untuk mula makan makanan pejal ialah enam bulan), perkiraan yang biasa dipakai bagi menentukan jumlah susu formula ialah 2.5-2.7 auns (oz) bagi setiap per paun (lb) berat badan. Jadi:
  • jika berat bayi anda ialah 6lb, dia perlu minum susu formula sebanyak 15 atau 16 auns dalam tempoh 24 jam;
  • jika beratnya ialah 10lb, dia harus minum susu lebih kurang 25-27 auns dalam jangka masa 24 jam.

Sila ambil perhatian: perkiraan yang biasa dipakai ini tidak begitu tepat untuk digunakan bagi ukuran metrik.

susu-bio-lac-tri-Q_biolaconline

Panduan bancuh Susu-Bio-Lac, klik di sini

Harap ingat bahawa perkiraan yang disarankan ini merupakan garis panduan am, dan doktor keluarga atau pakar pediatrik anda boleh menasihatkan anda mengenai jumlah susu formula secara betul bagi bayi anda semasa ia membesar. Selain itu, garis panduan ini tidak boleh digunakan untuk bayi pramatang atau bayi yang dilahirkan kurang berat – jadi, mintalah nasihat daripada doktor anda sekiranya bayi anda termasuk dalam salah satu daripada dua kategori ini.
Mengambil kira usia bayi anda

Jumlah susu formula yang diperlukan oleh bayi anda bukan hanya bergantung kepada beratnya sahaja, tetapi juga usianya. Jangan harap bayi yang baru lahir (atau mana-mana bayi) mengikuti jadual tertentu atau sesuatu yang berasaskan matematik.

Untuk bayi yang baru lahir, cuba berikan hanya 30-60ml / 2 auns susu formula setiap kali dia menyusu pada minggu pertama. Apabila bayi anda berusia satu bulan, dia mungkin akan mengambil 90-120ml / 3-4 auns setiap kali dan akan mengambil 400-800ml / 14-28 auns sehari. Tidak lama nanti anda akan tahu sama ada bayi anda mahu jumlah yang lebih – dia akan menghabiskan botolnya dengan cepat dan akan meminta lagi!

Dari usia dua bulan sehingga usia enam bulan, anda perlu memberikan bayi anda sebanyak 120-180ml / 4-6 auns setiap kali dia menyusu, dan ini bermakna dia mengambil dari 700ml sehingga lebih dari 1 liter / 23-35 auns, dalam masa sehari.

Apabila bayi anda mencecah usia enam bulan, anda boleh memberinya di antara 180-220ml / 6-8 auns setiap kali dia menyusu, dan dia seharusnya mengambil lebih kurang 900ml / 32 auns formula setiap hari.

Apabila anda mula menambah makanan pejal ke dalam dietnya, jumlah susu formula yang diambilnya perlu dikurangkan secara berperingkat sehingga kira-kira 720ml / 24 auns. Agensi Piawaian Makanan UK menyarankan bahawa apabila bayi anda telah membiasakan diri dengan makanan pejal (mengambil tiga hidangan sehari), dia seharusnya mengambil kira-kira 600ml / 20 auns atau satu pain susu formula sehari bersama pelbagai makanan lain sehingga usianya satu tahun. Selepas usia satu tahun, dia boleh bertukar dari formula ke susu lembu penuh krim.

Ingatlah bahawa ini hanya merupakan garis panduan am sahaja, dan anda akan mendapat tahu dari bayi sama ada dia mendapat terlalu banyak atau terlalu sedikit susu formula. Jika anda tidak pasti, sila bercakap dengan doktor anda.

Jangan menggantikan susu formula dengan makanan pejal terlalu awal

panduan_makanan_pepejal_untuk_bayi

Apabila anda memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda pada usia kira-kira enam bulan, susu badan atau susu formula masih merupakan nutrisi utamanya sehingga dia berusia setahun.

Semasa bayi sedang membiasakan diri dengan makanan pejal (maksudnya bayi anda mengambil makanan pejal kurang daripada tiga kali sehari atau tidak makan banyak setiap kali), pada masa ini kebanyakan bayi tidak mendapat makanan pelbagai yang secukupnya untuk memenuhi keperluan nutrisinya. Pada peringkat ini, pengambilan susu formula setiap hari sepatutnya di sekitar 720ml / 24 auns.

Elakkan jus yang tidak mempunyai nutrisi yang sama dengan susu formula.

Selamatkah botol susu anak anda?

Sumber: Arkib, utusan.com.my, 03/04/2011

Selamatkah botol susu anak andaTIGA tahun lalu, Program Toksikologi Nasional Amerika Syarikat mengeluarkan laporan bahawa bahan kimia dikenali sebagai bisphenol A (BPA) mungkin menyebabkan masalah berkaitan hormon, termasuk baligh lebih awal di kalangan kanak-kanak dan ketumbuhan barah.

Kandungan bahan kimia BPA lazimnya ditemui pada botol susu bayi. Bertambah buruk lagi apabila botol air yang digunakan untuk minum ketika hamil juga mengandungi kimia ini.

Terdapat kebimbangan pendedahan terhadap BPA boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan sama ada dari segi neurologi atau tingkah-laku. Bayi turut mengalami risiko yang sama jika kajian ini didapati benar.

Pertubuhan seperti Majlis Kimia Amerika mempertikaikan tidak ada bukti kuat bisphenol A memberi kesan buruk kepada manusia.

Ketika ini, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) tidak bercadang mengharamkan BPA dalam plastik. Begitupun, Kanada telah mengambil langkah awal dengan melabelkan kimia itu berbahaya.

Namun di sebalik pendedahan tentang BPA, ibu dan bapa masih mempunyai pilihan untuk memilih menggunakan cawan atau botol susu untuk bayi.

Selain itu, terdapat botol susu bebas BPA di pasaran dan botol susu kaca sebagai alternatif.

Jalan yang lebih selamat untuk mengelak kontroversi berkaitan keselamatan penggunaan bekas plastik adalah dengan mengelak daripada menggunakannya.

Bukan saja keselamatan anak terjamin bahkan anda sendiri tidak perlu berasa risau.

Isu BPA bukan baru tetapi masih ada alternatif lain bagi mereka yang mahu mengekalkan botol lama.

Seorang pakar perubatan sebuah hospital persendirian di Lembah Klang memberitahu, botol susu polikarbonat telah sejak dahulu lagi. Sebagai seorang doktor, beliau sendiri belum pernah menerima atau merawat kes bayi atau kanak-kanak akibat polikarbonat.

“Dalam kehidupan seharian, kemungkinan botol-botol minuman palikarbonat yang kita gunakan turut terdedah dengan bahan BPA atau Bisphenol A.

‘‘Justeru itu, ia bukan satu persoalan yang baru tetapi semua pihak perlu melakukan kajian terperinci agar botol susu yang digunakan tidak memudaratkan kesihatan

‘‘Adakah satu tahap nanti, ibu bapa perlu menggunakan botol kaca?,” ujar doktor tersebut yang mengutarakan pendapat ringkas.

Menurut Pegawai Perubatan Hospital Pantai Ampang, Dr. Hanafiah Bashirun, BPA adalah bahan kimia industri yang digunakan untuk membuat botol susu bayi polikarbonat agar botol tersebut keras dan lutsinar.

“Baru-baru ini kajian Universiti Malaya mendapati percampuran bahan BPA dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu memberi kesan kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak.

‘‘BPA ini pula akan menyebabkan gangguan pada sistem hormon badan bayi sekali gus menjejaskan sistem tubuh badan bayi. Tetapi tiada sebarang kajian saintifik untuk mengesahkan fakta tersebut,” katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa yang mampu dinasihatkan agar memilih botol susu bebas BPA, contohnya polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA).

Beliau memberitahu, botol susu yang mengandungi BPA biasanya bersifat keras dan lutsinar. Selain itu, perhatikan label kod identifikasi plastik pada bawah botol susu. Botol susu dengan BPA akan dilabel dengan ‘nombor 7′, ‘nombor 7 dan PC’ atau ‘nombor 7 dan other’.

Bagi ibu bapa yang sedang menggunakan botol susu mengandungi BPA, adalah dinasihatkan agar menukar botol tersebut kepada botol ‘bebas BPA’.

Jika masih ingin menggunakan botol lama, Dr. Hanafiah menasihatkan agar mereka melakukan langkah berikut :

  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelak permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

Katanya, kesan penggunaan botol susu yang mengandungi BPA adalah bersifat jangka panjang.

“Ini disebabkan kesan sampingan pada sistem hormon. Adalah agak sukar untuk mengesannya dalam jangka masa pendek kerana kesannya masih tidak kelihatan. Perlu diingat, tidak ada situasi kecemasan yang timbul disebabkan kesan BPA tersebut,” ujar beliau.

Kebanyakan ibu sibuk dengan kerjaya dan penggunaan susu botol adalah sebagai alternatif bagi mereka yang ingin memberi susu ibu. Seperti yang kita sedia maklum, susu yang terbaik adalah susu ibu.

Berhubung dengan tumbesaran bayi, tiada sebarang kesan pada tumbesaran bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas yang masih menyusu menggunakan susu botol.

Ini kerana zat nutrisi yang terdapat pada susu tersebut juga penting.

Bagaimanapun pada usia tersebut, digalakkan mereka di ajar menggunakan cawan atau botol biasa terutama jika mula memasuki zaman persekolahan.

Biasanya pihak hospital tidak akan memberitahu atau mencadangkan jenis-jenis botol susu tertentu yang harus digunakan. Ini kerana kebanyakan hospital menggalakkan penyusuan susu badan. Akan tetapi, pada masa ini, adalah amat digalakkan penggunaan susu botol yang mengandungi BPA dielakkan,” katanya.

Kenal pasti botol susu jenis polikarbonat

  • Bersifat keras dan lutsinar yang mana ia mengandungi BPA.
  • Botol susu tersebut juga boleh dikenali melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
  • Kod identifikasinya adalah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan ‘other’.
  • Sementara itu, botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

Philips_Avent_957x200

Nak Beli 1 Pek atau 1 Kotak?

susu-bio-lac-tri-Q_biolaconline

Jika anda baharu sahaja mengenali produk Susu Bio-Lac dari kawan atau enjin carian google.com, tentu ada perasaan was-was sama ada susu Bio-Lac sesuai atau tidak untuk anak. Ia ada persoalan biasa para Ibu yang ingin menggunakan susu formula sebagai susu pilihan ke dua untuk bayinya selepas susu badan.

Subhanallah, susu badan tidak ada isu sama ia serasi atau tidak untuk bayi. Jika ibunya sendiri tidak mampu untuk menyusukan atas sebab mungkin ketiadaan susu, boleh saja ia disusukan dari ibu lain yang berkemampuan (ada susu badan).

Menurut Islam, seorang bayi tersebut sah sebagai anak susuan kepada seorang wanita (dikenali ibu susuan) apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

  1. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
  2. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
  3. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

* Rujukan e-fatwa

Secara umum, Susu Bio-Lac dirumus sesuai untuk bayi & kanak-kanak. Walaubagaimana pun, untuk mengesahkan sama ada ia benar-benar sesuai, maka boleh ambil pek tunggal Susu Bio-Lac. Kemudian jika sesuai, bolehlah diteruskan pengambilannya berdasarkan bajet keluarga, mungkin satu kotak untuk penggunaan selama 1 bulan.

pek-susu-bio-lac

1 Pek Susu Bio-Lac – klik di sini

pek-kotak-susu-bayi-bio-lac_1

1 Kotak Susu Bio-Lac – klik di sini

Susu Bayi

bayi riang susu mama dia dah sampai - 2

Susu Ibu / Susu Badan

Kebanyakan wanita yang pertama kali melahirkan anak pasti akan berasa bimbang sama ada bayi akan mendapat susu yang cukup. Lebih-lebih lagi wanita yang mempunyai saiz buah dada yang kecil. Jangan panik kerana saiz buah dada tidak mempengaruhi banyak atau sedikit susu yang dihasilkan.

Ramai wanita yang pertama kali melahirkan anak akan merasakan yang bayi mereka tidak mendapat susu yang cukup. Ini berdasarkan mereka tidak berasa bengkak pada buah dada yang menandakan badan mereka telah menghasilkan susu pada hari pertama kelahiran. Pastikan anda tidak memberikan bayi anda susu Formula sama sekali, kerana walau pun buah dada tidak bengkak, badan akan menghasilkan susu yang dipanggil kolostrum pada hari-hari pertama anda melahirkan bayi.

Susu ini berwarna sedikit kekuningan dan dihasilkan pada jumlah yang sedikit. Ia mengandungi khasiat yang sangat tinggi serta mempunyai antibodi yang boleh membantu bayi melawan penyakit. Walau pun ia dihasilkan pada jumlah yang sedikit, ia mencukupi keperluan bayi kerana pada ketika ini perut bayi adalah sangat kecil.

Apabila bayi sering menangis, ramai ibu bapa yang bimbang bayi mereka tidak mendapat keperluan susu yang cukup. Bagaimana pun kelaparan hanyalah salah satu dari banyak punca mereka menangis. Selain dari lapar, bayi juga akan menangis sekiranya lampin mereka basah, kembung perut dan juga keperluan kasih sayang.

Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang berlaku.

Susu Formula

Susu ibu ialah makanan semula jadi bayi yang sempurna. Tetapi jika anda tidak dapat menyusu badan, atau jika anda memilih untuk tidak melakukannya, susu formula ialah yang kedua terbaik. Ahli sains dan pakar perubatan telah menghabiskan masa bertahun-tahun mencipta susu formula yang dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh bayi anda.

Kebanyakan susu formula bayi adalah berasaskan susu lembu yang diubah suai untuk menyamai susu ibu sebaik yang mungkin.

logo-susu-bio-lacbio-lac-kotak_produk-era-edar_07032015Susu Bio-Lac: memenuhi keperluan nutrisi si comel anda

Cara beli, klik di sini 

Mengapa Susu Bio-Lac? Klik di sini

Kesimpulan

  • Pastikan anda tidak memberikan susu secara automatik setiap kali bayi anda menangis.
  • Bayi menangis sama ada benar dia lapar, kembung perut, lampinnya telah basah atau hanya memerlukan perhatian anda.

Cara Elak Bayi Tersedak Susu

menyusu-bayi

Tersedak susu sehingga menyebabkan kematian bukan lagi isu baru, malahan ramai ibu muda cukup risau jika kes ini berlaku pada anak yang ditinggalkan kepada pengasuh.

Susu akan terus mengalir dan membuatkan si anak tersedak dan susu terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru. Manakala, faktor lubang puting terlalu besar dan kedudukan bayi yang salah ketika minum susu botol juga menjadi punca bayi tersedak susu. Ketahui alternatif untuk mengelakkan bayi daripada tersedak susu.

Pemilihan puting susu

Sebelum memilih botol susu yang sesuai, pemilihan puting susu juga memainkan peranan. Pastikan lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam mulut bayi. Sebaiknya pilih puting sepadan mengikut usia bayi anda.

Sendawa kan bayi setiap kali menyusu

Selepas bayi anda kenyang menyusu, sendawa kan bayi anda secepat mungkin untuk mengeluarkan angin. Langkah ini juga untuk memastikan bayi tidak muntah ketika tidur.

Pastikan posisi bayi anda betul

Tatkala anda menyusukan bayi sama ada menyusu badan atau botol, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Manakala botol susu pula, mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 sehingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

Posisi menyusu badan

Posisi yang terbaik bagi ibu yang menyusu badan adalah memangku bayi seperti mana yang disarankan. Elakkan daripada memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai atau tidur mengiring.

Susukan dengan betul

Bagi si ibu yang menyusu badan, anda harus memastikan kawasan puting masuk sepenuhnya dalam mulut bayi bagi mengelakkan si manja anda tersedak susu.

Kaedah Penyusuan Susu Ibu

kaedah-penyusuan

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah – langkah yang boleh membantu:

  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik

Posisi

  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.

Tanda-tanda pelekapan yang salah

Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda – tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:

  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.

Penilaian samada bayi menyusu dengan betul

  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.