Ciri Tiga “Q”

susu biolac ada TRI - Q

Ciri 3 “Q” (TRI-Q)

“Q” Pertama: Kecerdasan Intelektual (Intelegent Quotient, IQ )

IQ merupakan suatu kemampuan seseorang individu untuk berfikir, mengolah, mengenal pasti masalah dan menyelesaikan masalah. IQ boleh diukur melalui beberapa cara, antaranya IQ diukur melalui beberapa ujian seperti ujian menyelesaikan masalah.

Kecerdasan IQ dapat dilihat dalam 6 situasi lain, iaitu :

  1. Kemampuan visual
  2. Kemampuan berbicara
  3. Kemampuan muzik
  4. Kemampuan mengira
  5. Kemampuan interpersonal (kecergasan diri)
  6. Kemampuan intrapersonal (bersoasial, bergaul)

Kemampuan IQ setiap individu adalah berbeza dan kemampuan IQ yang baik boleh membantu meningkatkan proses belajar.

“Q” Ke dua: Kecerdasan Emosi (Emosi Quottient, EQ)

Kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengenali, mengendalikan, dan menyata perasaan sendiri dan orang lain secara mendalam sehingga kehadirannya menyenangkan dan diharap oleh orang lain. Daniel Goleman didalam buku kecerdasan emosi memberi tujuh kerangka kerja kecakapan ini, yaitu:

  1. Kecakapan pribadi iaitu kecakapan dalam mengelola diri sendiri.
  2. Kesedaran diri iaitu potensi untuk mengetahui kondisi diri sendiri dan rasa percaya diri yang tinggi.
  3. Pengaturan diri : iaitu potensi dalam mengendalikaan diri dan mengembangkan sifat dipercaya , kewaspadaan , adaptabilitas, dan inovasi.
  4. Motivasi : iaitu potensi untuk meraih prestasi , berkomitmen, berinisiatif, dan optimis.
  5. Kecakapan sosial iaitu potensi dalam menentukan seseorang harus menangani suatu hubungan.
  6. Empati : iaitu potensi diri untuk memahami orang lain,
  7. Ketrampilan sosial: iaitu potensi dalam mengubah tenggapan yang dikehendaki pada orang lain . kecakapan ni meliputi pengaruh , komunikasi, kepemimpinan,.

“Q” Ke Tiga: Kecerdasan Spiritual (Spiritual Quotient, SQ)

Adalah sumber yang mengilhamkan dan meningkatkan semangat seseorang dengan mengikatkan diri pada nilai-nilai kebenaran.

Ciri-ciri seseorang yang memiliki SQ tinggi adalah sebagai berikut:

  1. Memiliki prinsip dan visi yang kuat.
  2. Mampu melihat kesatuan dalam pelbagai situasi.
  3. Mampu memaknai setiap sisi kehidupan.
  4. Mampu mengelola dan bertahan dalam kesulitan dan penderitaan.

susu-bio-lac-tri-Q_biolaconline

Baca lanjut berkenaan Susu Bio-Lac di sini